Sunday, August 04, 2013

Contest Hari Raya Santaikata

Contest ini adalah sangat menarik. Contest anjuran Santaikata.com terbuka untuk semua dan i pun nak join.. kalau  berminat boleh ke sini .. 

http://www.santaikata.com/2013/07/contest-hari-raya-santaikata.html


tajuk nye senang je..

CONTEST RAYA : Semasa Hari Raya saya buat

semua orang akan buat something masa raya kan.. ada  yang ambik hari raya ni untuk menziarahi sanak saudara, ada yang buat hari raya ni sesi untuk makan apa saje dan ade juga yang buat hari raya ni untuk bantai tido.. ye lah kan cuti kan agak panjang sikit.. tapi kalau ada antara kite yang dalam kategori ni, agak2 la sikit ya.. raya setahun sekali.. :)

ok cukuplah mukadimah.. mari bace cerite saya yang sememangnya panjang berjela :)

Macam saya.. 

 Semasa Hari Raya saya buat
tak tahu ambil GAMBAR DEKAT CERMIN....

sebabnya, cermin yang dimaksudkan adalah terletak di ruang tamu yang semua anak bini, menantu, pak menakan akan ada untuk berborak, tapi kami (saya, suami dan anak) posing-posing untuk syarat Raya :)

Kejadian bermula masa tahun 2006, secara tak sengaja sebenarnya. Masa tu tengah sangat-sangat excited, sebab itu tahun kedua saya beraya sebagai isteri dan paling bermakna tahun pertama saya beraya sebagai seorang ibu.. Mase tu Emir baru nak masuk 5 bulan. Mase tu kami singgah rumah mak sedara husband dekat Melaka. Cermin ni, husband kate cantik kalau nak ambik gambar, so kiterang pun ambik lah, tengok-tengok, saya pun suke bile amik gambar..

Dan selepas itu, kejadian tak diingini telah berlaku, di mana cermin ini telah menjadi mangse kepada kami bertiga, kire macam dah ditakdirkan cermin ni jadi trademark kiterang setiap tahun. hahah, dan maksudnya kiterang tak boleh laa kalau tak beraya rumah mak sedara husband heheheh

Yang ni pulak mase raya tahun 2007, Emir dah setahun 4 bulan macam tu.. mase tu semua jadi pokok pokok hijau :), Emir rambut dia dah start panjang..

dan ini Raya tahun 2008, kali ni bukan si Emir yang rambut panjang, bapak dia pulak yang berambut panjang.. biru lagi baju nye

Ini pulak gambar tahun 2009,  Emir mase ni susah betul nak bagi dia tengok kamera.. makin besar makin tak nak dengar cakap hahaha... Emir mase ni umur dah 3 tahun, tahun yang tengah banyak nak explore dan agak susah jugak nak dengar cakap :)


Ini pulak masa tahun 2010, bile tengok gambar jadi stress pulak, at least gambar ni Encik hubby nampak kurus, gambar i makin tak memenuhi skema cermin hehe.. cuma tahun 2010, ada bende merah pulak dekat atas cermin tu.. oh yer, persamaan dengan tahun 2009, Emir refused tak nak tengok camera.. betul-betul punya taknak.. so inilah gambar yang terbaik..


Tahun 2011, Emir pun dah masuk 5 tahun, kali ni nak jugak dia cooperate tengok cermin, tapi punyalah susah nak bagi dia duduk diam supaya gambar tak goyang.. masa ni pakai baju warna merah :) warna kegemaran i..


dan ini adalah gambar tahun lepas.. masa ni kira nasib lah anak sendiri boleh jugak lah nak pandang kamera walaupun tak duduk diam dan ini je lah gambar terbaik.. yer kami masih bertiga, tapi still tetap happy.. Alhamdulillah


TAHUN 2013????
TUNGGU!!!!
(Nota: baju raya i ni yang problem :D)

Tapi yang paling penting, kiterang harap harap la, jangan lah mak sedara suami saya pergi buang cermin ni, hehehe, kalau tak haaa habislah trademark kiterang untuk setiap kali beraya.

1 comment:

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez