Saturday, March 02, 2013

In Memory - arwah Pak Long Rahim

Arwah Pak Long - Abdul Rahim Abu Hassan adalah abang sulung kepada ibu saya. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada 28 February 2013 lebih kurang pukul 4 petang lebih waktu Malaysia. Saya tahu berita mengenai pemergian Arwah semasa saya menunggu flight untuk pulang ke Malaysia dari Jakarta.

Arwah masih muda, baru 55 tahun, maaf saya pun kurang pasti bagaimana conditionnya, yang saya tahu, beliau menghidap diabetic yang serius. Ikut ceritanya, arwah tidak mengetahui yang arwah menghidap diabetic. Yes, diabetic is a silent killer.

Sakit arwah sekejap sungguh.

Beliau jatuh di rumah ketika hendak menunaikan solat. Jatuh dan tak boleh bangun kira - kira 3 atau 4 minggu yang lepas. Kemudian keluarga menghantar arwah ke Klang KPJ tapi kes dirujuk ke PPUM. Saya tidak berkesempatan menemui arwah di Klang yang pada ketika itu beliau masih lagi boleh bercakap.

Saya hanya berjumpa dengan Arwah ketika beliau sudah berada di wad ICU dalam keadaan telah menggunakan life support. Saya ada memanggil namanya, dan saya masih ingat, ketika saya bercakap, arwah menggerakkan mata dan memusingkan kepala sedikit.

Itulah kenangan terakhir saya bersama Arwah ketika beliau sakit..



gambar Arwah bersama Aznil ketika kenduri Lisa & Yusri

Tapi kenangan saya di waktu sihat memang banyak, maklumlah saya ni cucu sulung dalam keluarga, jika hendak diceritakan satu persatu memang tak habis. Arwah seorang yang pendiam dan baik hati. Jarang benar arwah tidak memenuhi jemputan kenduri, jika ada kelapangan arwah akan sentiasa memenuhi jemputan. dan jika kami datang ke rumahnya, makanan sentiasa tip top dan sedap.

-gambar dari FB anak beliau - Fadzli-
-Arwah pak Long saya di konvo anak sulung bersama isteri dan satu-satunya anak perempuan beliau-

Satu perkara yang saya tak boleh lupa sampai sekarang apabila beliau mendapat anak pertama, way back in 1988. masa tu, saya dan Saffuan tengah sibuk bermain, sekali arwah mase tu hendak turun tangga dan tanya, kalau nama anak laki nak letak nama apa.. jadi saya dan saffuan terus berborak budak kecik (yelah sorang 5 tahun sorang lagi 4 tahun) dan saffuan terus cakap.. -- Fadzli.. dan ya, anak sulung beliau bernama Fadzli :)

Arwah meninggalkan seorang balu dan lima orang anak. Anak bongsu baru berusia 11 tahun. Arwah lahir pada 1 Mac dan semalam Arwah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Meru, Klang. 

Semoga Arwah ditempatkan bersama orang-orang yang soleh..

Alfatihah..


3 comments:

mama tisya said...

alfatihah utk arwah paklong mira

Mama Zharfan284 said...

salam takziah..

zety said...

alfatihah utk arwah ..

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez