Sunday, January 06, 2013

Berkongsi pendapat

i rasa dah berzaman jugak lah i tak share isi hati i.. so anyway, i have just finished reading Biografi Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary,  tajuk buku ni cuma "Biografi Syed Mokhtar Al-Bukhari", but for this one particular person, he really deserved the title Tan Sri..


first time i dengar tentang Tan Sri masa tu dekat zaman U, which was way back in 2002.. Masa tu lecturer saya untuk subjek ekonomi pesan kate, if you want to learn about business, study this businessman's profile, his name is Syed Mokhtar AlBukhary. 

Dan masa tu memang i berminat nak tau tentang Tan Sri, i kan suka bisnes, jadi i suka kaji macam mana orang tu boleh berjaya.. tapi masa tu Internet bukanlah di hujung jari sangat. nak nak untuk dapatkan Internet adalah satu perkara yang menyusahkan.. 

Tak lama lepas tu,  makin banyak cerite Tan Sri di dada-dada akhbar tapi jujurnya i tak berapa peduli. Perkara biasalah kan untuk orang yang baru graduate mase tu, nak cari keje, lepas tu pulak, i ni lepas graduate terus nak kawin.. dahhh sibuk hal-hal kawin.. 

Dan baru baru ini, papa Emir beli buku ini di Big Bad Wolf, Papa Emir baca dulu baru I bace.

Bila baca, anda akan rasa kagum dengan Tan Sri dan macam mana bijak Tan Sri kendalikan bisnes. Tan Sri bukan orang kaya dan Tan Sri juga tak sempat untuk menghabiskan persekolahan, tapi dengan semangat bisnes yang Tan Sri ada, dan tahu apa yang patut beliau buat, Tan Sri telah mengukir kejayaan yang membanggakan.

He was already a millionaire in his early 30 but he was only exposed to media in year 2000 (after more than 20 years in the industry), only after he took over MMC. 

I suka dengan ayat yang diquote daripada beliau "Pendekatan saya mudah . Jika saya hendak buat sesuatu , saya buat dulu dan bercakap kemudian".

dan seperti yang kita tahu, Tan Sri sangat pemurah, rezeki yang Allah beri kepadaNya, beliau takkan lupa untuk berkongsi rezeki bersama yang lain. Bila baca buku ini sungguh I tak tau yang di Alor Setar ada Universiti Antarabangsa Albukhary yang merupakan universiti persendirian dan tidak mengambil keuntungan dan dibina untuk menaja golongan miskin serta kurang bernasib baik di seluruh dunia. 

bukan saya nak agung-agungkan Tan Sri, tapi kejayaan Tan Sri patut dicontohi oleh orang Melayu kita. Untuk berjaya tiada jalan yang mudah, Tan Sri juga pernah beberapa kali jatuh bangun dalam dunia perniagaan, tapi beliau bangkit semula. Bisnes tiada yang mudah, penuh onak dan duri. Kalau orang kata, bisnes itu manis belaka, maka orang itu mungkin ada udang di sebalik batu.

Sebab saya kadang-kadang sedih dengan nasib orang Melayu kita, mudah terpengaruh, maklumlah zaman sekarang ni blog, facebook, twitter dan instagram ada di depan mata, jadi ramai yang cuba mempengaruhi pemikiran orang lain dengan cuba menonjolkan kehidupan yang serba mewah sebelum menarik seseorang itu untuk terlanjur dalam business mencari orang (im ok if the business sebenarnye jual products). Yelah, kalau makin hari makin banyak gambar yang disharekan menceritakan kesenangan yang ada, tak ke kite terliur , nak nak perempuan ni ada 9 nafsu..

Please dont get me wrong, i rasa ini adalah perkara yang patut diambil berat oleh semua pihak. Kadang-kadang i rasa orang Melayu kita senang nak digula-gulakan, cuba cerita kat I, sape tak nak jadi kaya, i pun nak jadi kaya, tapi nak jadi kaya ada caranya. Semua tahu kita tak boleh menindas, tak boleh menipu, tak boleh memaksa dan paling penting, tak boleh menggunakan agama untuk kepentingan diri.

Tak ke pelik bila orang yang u tak pernah rapat, tetiba telefon u kate nak jumpa? kalau orang tu nak jual barang, she can always email me / us on their products and give me a chance to decide kan. 

kenapa i boleh terjebak ke cerita ni, sebabnya, i rasa selalunya bila kita on the top, kita dah tak nampak orang-orang bawahan kita, kadang-kadang kita dikaburi dengan pangkat dan ganjaran yang ada di depan mata. 

I think potential businessman / businesswoman should read this book. bila you baca, you mungkin akan sedar di mana business yang sebenar dan jadilah orang yang sentiasa merendah diri.  Tan Sri telah membeli rumah di Bukit Tunku (Bukit Tunku sejak dulu memang terkenal sebagai kawasan kediaman orang kaya), tapi beliau masih lagi tinggal di sebuat rumah kedai di atas pejabat beliau di Jalan Pahang untuk beberapa tahun sebelum tinggal di kawasan Bukit Tunku. tidak lah kita semua harus jadi Tan Sri kan, sebab macam i sendiri, i tak mampu nak maintain dua rumah kalau satu rumah dibiarkan kosong :). cuma apa yang i nak highlightkan, bila kita merendah diri, orang akan lebih hormat kepada kita.

Saya petik sikit kata-kata beliau di buku

"Saya mendapati adalah perkara biasa bagi kebanyakan orang Melayu untuk menghabiskan wang seberapa banyak yang mungkin. Mereka tidak mengambilkira keperluan untuk membina modal dan mendalami pengetahuan mengenai perniagaan yang mereka mahu jalankan. Mereka cenderung untuk meniru, dan tidak belajar bagaimana orang lain berjaya, dan sama ada perniagaan itu sesuai untuk mereka"

dan Tun Dr Mahathir pun pernah berkata

"Syed Mokhtar juga seorang yang sederhana, yang tidak menunjuk-nunjukkan kekayaannya. Dia menggunakan Proton Perdana lama, memakai tali leher bila perlu sahaja dan tidak menghadiri majlis. Dia akan menghantar orang lain bagi pihaknya. Saya tidak pernah dengar dia pergi ke pawagam atau teater"

and you know, i always believe, orang kaya takkan cuba untuk tunjuk yang beliau kaya secara terang-terangan. dalam i baca buku ni, tak ada satu pun yang menceritakan berapa gaji bulanan Tan Sri, cuma sekarang ni umum dah tahu bahawa Tan Sri adalah orang yang ke 8 terkaya di Malaysia pada tahun 2012 dengan anggaran aset 7.91 billion. Sebabnya, bisnes Tan Sri adalah bisnes trading bukan bisnes cari orang, jadi beliau tak perlu tonjolkan semua itu untuk meyakinkan pelanggan beliau.. beliau hanya perlu build up his portfolios to gain confidence from his potential customers..

but anyway, this will always be never ending debate on this issues which usually lead by two teams. satu yang akan menyokong terang-terangan bisnes yang saya cakap kat atas dan satu lagi adalah orang yang anti bisnes sebegini.

jadi tepuk dada tanya selera.. saya-- saya anti kepada bisnes yang gulakan orang kita dengan kekayaan dan pembaziran :) For me that is Riak .. i just nak akhiri dengan satu quote dari seorang penasihat korporat Tan Sri

"Jika diimbas kembali, dia telah berada dalam dunia perniagaan selama lebih 40 tahun, dan belum sekali pun dia dicela atau didenda oleh pihak berkuasa. Itulah kayu pengukur kepada lelaki ini, yang sememangnya membenci ketidakjujuran"

minta maaf pada yang terasa.. just my 2 cents di hari Ahad..

3 comments:

yangbaik said...

admire sangat2 dengan beliau seperti kekuatan peribadi dan semangat serta usaha gigih... thanks for sharing

sayahappyslalu said...

good sharing, kak mira.. nnti BBW next year, i nak cari buku nilah.. hehe..

Ana kirana said...

tgh baca...tak abih lagik hehe.baca kejap stop kejap stop bila nk abih tak tau...tumpang bangga beliau org alor setaq hihhi

asben beli buku ni kt mph..tak perasan pon ada kt BBW aritu..

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez