Friday, December 28, 2012

Duty free Bukit Kayu Hitam - hujung Malaysia

Somehow i suke berjalan tempat yang jarang kite pergi. Kalau ikutkan rekod, i ni baru sekali je jejakkan kaki ke Perlis, itupun tahun 1991 sebab hantar pakcik kawin dengan orang Perlis, lepas tu memang tak ada sebab nak pergi sana. Ke Langkawi pun, kali terakhir tahun 1996.. :) lame kan..

Jadi, alhamdulillah juga adik I, Cik Yah masuk Unimap..dapat lah juga ke Perlis, lepas tu pulak ada sepupu Emran kawin dekat Jitra.. jadi memang ambil peluang ni untuk berjalan sakan.. so jadinya dalam tahun 2012, dua kali i ke Perlis.

Telefon adik I the day before, tanya dia nak ikut tak pergi kenduri, sebab sentiasa terperangkap dalam Kangar, bila kata nak bawak pergi Jitra, terus je setuju.

Ikutkan kami ni pihak lelaki nak bertandang ke pihak perempuan. Jadi haruslah ikut rombongan bersama-sama kan.. tapi sebab hari tu kene ambik Cik Yah pukul 12 di Wang Ulu, Perlis, ade lah kot dalam 30 minit dari tempat kenduri, jadi memang dah budget kami tak sempat nak ikut satu rombongan dengan sedara yang lain..

dah alang-alang tak sempat.. mulut gatai suggest pergi Bukit Kayu Hitam  -- padahal dalam hati nak ke Danok -- nasiblah Emran tak dak passport sekarang ni .. dan hubby pun ok je :D


so pergi jugak ke bukit Kayu Hitam.. little that we knew it was jammed!! :p nasib kalau nak ke Duty Free, boleh tolerate lagi..

Pusing sana pusing sana.. i saw my Pyrex... happy tak ingat.. so borong lah dua biji Pyrex.. :) suke.. i love Pyrex sebenarnya.. tapi disebabkan orang suke Corningware sebab ada bunga-bunga, i pun buat-buat suka.. :p but honestly i love Pyrex more.. 

sebab kejar masa, kami tak de berjalan sangat, terus tuju dekat tempat chocolate.. bagai pucuk dicita ulam mendatang, adik I, Cik Yah ni memang terkenal sebagai penggemar coklat.. she just love chocolate.. tapi badan tak pernah naik.. 

can u spot her in yellow baju kurung, emran and I had done our chocolate shopping, but she was not... siap sibuk nak nolong satu nenek (nampak tak  yang tudung putih kat belakang tu) pilih coklat untuk cucu dia.. ;) kami pasrah.. kesian.. dia kata kadang nak makan pun tak sempat.. 


one happy customer.. i tak sure berapa banyak dia perhabis duit beli coklat.. itu belum lagi coklat yang disponsor oleh kakak.. memang dia muka puas hati lah ..


me,sungguh muka tak cun dalam gambar ni.. tapi kalau tak letak gambar ni, memang dah tak ada gambar dah.. sebab kelam kabut punye shopping, ambik gambar pun terlupe.. teringat nak ambik gambar bila nak balik je..


sampai ke kawasan kenduri dalam pukul 2 lebih, memang lambat sungguh laa.. tapi lucky us.. keluarga kami tengah berkumpul dekat masjid, baru nak berkonvoi ke rumah pengantin perempuan.. lege sungguh.. kira tak rugi lah kami lari kejap ke Bukit Kayu Hitam.. at least tak rugi masa ;)

orang kata Danok lagi  best..berpusu orang ke sana.. kawasan ni ramai.. tapi tak sesak.. i think the other side macam sesak je.. 

insyaAllah one fine day, kalau dapat jejak kaki ke Perlis lagi, akan cuba ke sana pulak -- itupun kalau suami kesayanganku dah terbukak  hati nak buat passport.


6 comments:

Nad @ MamaZN said...

Kecik molek je adek mira ni...
Best la makan byk tp bdn tak naik huhu

Nina @ BabyBoon said...

tak sanggup i tgk bbw punye gambar you.... sekali lagi i tak dpt pegi :(( sedih betoiiii. best eh bkt kayu hitam? i nak gi inshallh tahun dpn

intanloveamir said...

nanti dtg perlis..rojer2 lah intan yerrr...hehehe

miza yusof said...

comel kak mira :)
miza pun dah lama tak kesini.
alang-alang kesini memang akan meronta-ronta nak pergi danok :)

Mama Zharfan said...

me so far baru sekali jejak kaki ke perlis tu pun time study--sbb nak gi langkawi lalu ikut kuala perlis heheh

mama_umar_maryam said...

siyesly blm pnh dtg peghliss, hehehe, dtg nk carik harummanis lah ;)

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez