Wednesday, November 28, 2012

Legoland Malaysia Part 3 -- Tips ke Legoland Malaysia || Tips to Legoland Malaysia || Review of Legoland Malaysia

Saya rasa ramai blogger sudah buat review ke Legoland. Masing-masing cuba membantu bakal pengunjung ke Legoland, dan ini adalah cerita dari saya :)

Hotel di Legoland

Jujurnya, tiada satu hotel pun yang berdekatan dengan Legoland. Legoland terletak macam di tengah padang jarak padang terkukur. Jauh dari tempat lain. Mungkin pada pandangan saya (orang yang bukan dari Johor Bahru) hotel yang berdekatan adalah seperti berikut.

1. Tune Hotel
2. Pariss Hotel
3. Golden Leaf Hotel

Saya sendiri tinggal di rumah rehat Scholar's Inn dalam UTM. Tak terasa jauh pun. Selesa pun selesa. Sekuriti tak usah dirisaukan. Oh, if you are wondering, mak saya kerja di UTM jadi, mama dah book apartment dua bilik dengan harga RM80 semalam. :) -- itu harga staff.

Jalan ke Legoland

Sumpah kami sesat ;p. Gara-gara mahu ikut jalan dalam daripada jalan highway, kami sesat. Tiada langsung signboard yang nak tunjuk ke Legoland. In fact bila sampai ke kawasan Legoland area, you may not know mane tu Legoland kalau terlepas pandang signage Legoland yang besar tu.

Nasihat saya

1. Guna je lah highway - situ banyak signboard
2. Update your Papago or GPS, or Garmin. Legoland tempat baru, jadi kalau tak update tu, Legoland tak ada dalam Papago (macam kiterang)

Barang untuk dibawa ke Legoland

Legoland adalah theme park. When we deal with theme park, we are gambling with the weather. So better safe than sorry. Jadi baiklah kita beringat-beringat dan bersiap-siap ke sana.


Baju hujan


Jadi, nasihat saya 

1. silalah tengok cuaca di Johor --- boleh refer di sini http://www.met.gov.my/index.php?lang=english

2. walau kita tengok forecast pun, kalau hujan nak turun, hujan tetap turun kan.. kuasa Tuhan.. jadi, bawalah payung, baju hujan. Payung dekat Legoland harga RM35 (yang murah punya), baju hujan pula harga RM15, tapi saya rasa tak delah good quality baju hujannya. Bawa topi kalau tak tahan dengan cuaca panas

3. Untuk wanita, serious, silalah bawa pad untuk keselamatan. I mean seriously. nak nak kalau you all rasa time tu bendera merah nak sampai. sebabnya, kalau lah kata you tersampai bendera merah (period) di Legoland, tak ada satu tempat pun you boleh beli pad -- serious.. ada pun, mungkin di mynews.com yang terletak di shopping complex bersebelahan dengan Legoland , so memang buang masa kalau you all kene mencari.

Tudung untuk dipakai ke Legoland

1. Lagi untuk wanita, silalah pakai tudung yang kedap udara.. :p maksudnya tak melayang. sebab nanti kalau you all naik roller coaster ke ape ke, roller coaster tu tak adalah lame, tapi memang cukup untuk buang tudung you melayang ditiup angin.


Tudung kegemaran saya dari Tierack ni adalah a big no-no..

Bag untuk dibawa ke Legoland

1. Ada banyak ride yang beg tidak dibenarkan untuk dibawa dalam ride tersebut, macam roller coaster. sebabnya saya rasa untuk tujuan keselamatan. Jadi beg anda akan ditinggalkan sementara di tempat terbuka. Kemungkinan besar takkan hilang but God knows right.. so bawalah beg seadanya dan tidak ada bende yang mahal dalam beg tersebut.

2. Also, untuk wanita kesayangan.. if you love your bag to death..or you own a bag that exceeds your own salary, saya rasa tak payah bawak beg kesayangan anda di Legoland, again, beg anda bukan saja ditinggalkan, sesetengah tempat tu, you kene tinggalkan beg you dekat lantai je.. sayang ok.. i bet beg yang kite sayang nak letak dekat atas kerusi pun kite berkira kan.. apatah lagi letak kat lantai yang orang dok pijak-pijak *gulp..

Rides di Legoland

Maksudnya tempat-tempat untuk bermain di Legoland.

1. Legoland adalah tempat lebih kepada anak-anak berumur 6 tahun ke atas, jadi saya rasa kalau you all pergi bersama-sama dengan rakan-rakan remaja, rakan-rakan sekerja yang tak ada langsung budak kecik, boring jugak kot :)


--sampai peluh main--

2. Oh yes, Legoland bukan tempat yang sesuai untuk mereka yang ada anak kecil yang ketinggian kurang dari 120 cm, majoriti permainan yang nak main adalah kene lebih dari 120 cm. but anyway, boleh je.. tak ada masalah pun.. cuma saya nak highlightkan saje :)

Rides yang paling lama beratur - suggestion naiklah boat ini dulu

1. Sebenarnya saya tak berani nak komen sebab saya pun baru sekali saja datang, tapi saya mulut gatai sempatlah bertanya dengan staff kat situ, tempat mana yang paling lama beratur, jawapannya adalah

BOAT ini...


yes, saya sendiri lama nak beratur sebabnya boat tu dikayuh sendiri oleh pengunjung, jadi......... imaginelah, semua orang guna own sweet time dayung sampan.. so bila sampai time saya, saya pun buat bende yang sama.. saje kayuh lambat-lambat, penat betul menunggu.. so, perhaps bila you masuk, cari lah ini dulu. Boat ni terletak jauh sikit dan hampir dengan pintu keluar..

Makanan dalam Legoland

Ok, standard mahal.. should I say more :).. saya tak beli makanan dalam tu, sebab sebelum datang sudah makan. jadi bende yang saya beli

Mineral water - RM2.50 (quite reasonable kan)
Popcorn - RM10
Ice Blended - RM10
Muffin -- tak ingat :p

Makanan luar Legoland (tak jauh pun)

But anyway, kalau you all nak jimat, Legoland benarkan setiap orang untuk keluar sekali saja, jadi you have an option to dine outside Legoland, di mall bersebelahan saja.. Macam-macam restoren ada di situ pada harga normal

1. Chicken Rice Shop
2. Restoren Arab -- saya makan kat sini, nasi arab (sebab kedai lain penuh), 


3. Old Town White Coffee
4. 1901
5. Absolute Thai
6. KFC

Dont worry, tak jauh pun nak jalan, masa you all nak masuk entrance, you all memang lalu kedai-kedai restoren ni..

Surau di Legoland


Ada saya tak masuk sebab... sebab... ok, sebab tu i dapat point kat atas tu ( you get what i mean :p)

Kedai barangan Lego dalam Legoland Malaysia

Jujurnya saya bukan peminat Lego, jadi saya tak reti nak bandingkan harga. tapi husband saya kata, harga sesetengah barang adalah jauh lagi murah.

In case you don't know, kalau lah asyik benor membelek-belek Legoland sampai terlupe nak beli souvenir, jangan risau, Legoland staff memang baik, derang kate, 

"boleh datang terus ke kaunter tiket, cakap dekat kaunter, saya nak pergi kedai dalam legoland saje, kami akan bagi 1 jam"

Get it? :) so tak yah risau-risau ok.

Ok, ini je i dapat fikir, kalau apa-apa lagi, i akan share lagi..

Hope it helps

SELAMAT BERLEGOLAND :D






12 comments:

Anonymous said...

review paling terbaik dan sangat tepat!!! er, saya dah lebih 5 kali masuk tapi malas nak buat review. so sapa-sapa nak pergi legoland, sila baca review ini, btw, u all lalu jalan pontian ek? we all pun sesat gak first time lalu ikut tu, sebab tak ada sign board.. huhuhuhu

~eyzlyn~~

Wan Amira said...

thanks Eyzlyn.. i love to share :) dan suke tulis merepek2 dan berjela2 :)

Nad @ MamaZN said...

menarik!
banyak info
sangat berguna
thanks mira!

p/s:mira, mama mira keje utm? skudai @ jb? ntah2 abh saya kenal, huhu ;)
abh saya dulu lecturer utm

Mama Zharfan said...

thanks for the review babe!! review yg sgt2 useful...me dok bertangguh2 sbb obviously my lil ariff tah leh main byk rides and dia akan melalak2 nangis mcm kat USS dan disneyland....

Ummi Rayyan & Rayees said...

thanks mira,it's worth reading your review.mmg niat nak bwk anak2 tapi anak2 i kecik lagi 2 & 4 years takut2 tak lepas nak naik rides tu nanti.

aizu's life said...

info yg berguna.. tQ ya..
rs cm tingin nk ke sana.. tp musim2 ujn cmni rs cm mls lak nk meredah jln..hm..

ana-kirana said...

nnt nak pegi leh le refer entri mira :)

Wan Amira said...

Nad: ha ah, mama mira keje utm, tapi utm kl, dah lebih 30 tahun dah.. :) mungkin kenal kan :)

Suzi & Ummi Rayyan & Rayees: Thanks.. hope you find this info useful :)

Nina @ BabyBoon said...

thx mira, love your review! seperti biasa sgt useful! ;D

confirm laaa ilan takkan pegi legoland. kekekekee

Ayu Zarina said...

reason kenapa ayu still tak masuklagi legoland walaupun sekangkang kera jer dgn rumah sebab both DAMIAS yg masih kecik...nak2 ayyunie...mesti jenuh nak dukung dia sebab takut itu ini...

apa2 pun entry yg sgt best!!!

ashra said...

Wah wah..emir sgt sgt enjoy.suka tgk gambo2 dari awai lagi..
Ni nak nanges ni,ku belum sampai lagi ke legoland...hehe...

Nini D.. said...

Kak Mira!! entry ni sgt membantu!! Nini nak g Legoland 2/11 ni.serius tak dpt gambaran tmpt tu camne..tp after baca entry ni..semuanya jelas!
tq kak!

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez