Friday, November 16, 2012

My mee rebus.. -- the second attempt

selama ni tolong Mama saja.. first time buat sepenuh hati masa buat open house 5 tahun sudah rasanya.. lepas tu memang al malas sikit nak buat mee rebus.. bukan ape, renyah kan.. nak potong sendiri, lepas tu buat sorang-sorang lagi laa malas.. 

al kisahnya, i pergi Giant, tengok keledek RM1 untuk sekilo, sumpah i tak tau murah ke mahal, tapi sebab seringgit, so i balun la ambik dan bayar.. 

pagi tadi di awal bulan muharam yang mulia, ingat nak buat kuih keria ke untuk breakfast.. lepas tu macam boring pulak kan.. every time ada keledek i buat keria.. terus lah i bukak myresipi.com , nak tengok ape bende lagi boleh buat pakai keledek..

sekali baru i teringat -- buat mee rebus kan pakai keledek.. terus teringat resipi mak i.. in fact, resipi mak i yang i gune ni lah pernah bagi i menang makan free dinner dekat Doubletree hilton.. (ok i tak update pulak pasal i menang ni -- mesti kes lupe ni.. dah kenyang makan satu family lupe pulak nak update ;p)

So here you go, actually resipi ni i ingat-ingat lupe.. sebab tu rasa tak sesedap mak i buat, tapi ok lah kan :)

anyway, if you want to try.. here you go... senang je nak buat dia, cuma biaselah penyediaan bahan yang takes time..

1 kilo keledek - kalau tak de keledek.. ubi kentang pun boleh, but i prefer keledek sebab manis sikit
1/2 kilo daging
15 biji bawang kecil
10 biji bawang putih
1/2 inci halia
satu sudu besar bijan  -- rumah i tak de bijan, so i ganti dengan jintan manis
1 setengah cawan udang kering..
3 biji cili merah -- kalau nak pedas tambah la lagi..

Cara-cara sediakan bahan

1. rebus keledek, lepas tu blend -- ketepikan
2. blend bawang kecil, bawang putih, cili merah, halia -- ketepikan
3. blend udang kering, jintan manis / bijan -- ketepikan
4. sambil2 tu boleh celur mee dan rebus telur 
5. potong daging bentuk dadu..

Cara-cara masak

1. tumis bawang putih, bawang kecil dan halia
2. bila dah naik bau, masukkan udang kering dan bijan / jintan manis yang dah diblend
3. rebuskan daging.. tambah air sikit 
4. bila rasa-rasa daging dah masak, masukkan keledek..
5. terpulang pada u all nak pekat ke atau nak cair sikit.. kalau nak cair, tambah lah air
6. terpulang juga kalau nak letak udang, fishball,, fishcake
7. garam gula secukup rasa..

siap!!

im bad in taking pictures.. :)





3 comments:

Nad @ MamaZN said...

Sedapnye mira! Bleh try ni nnt..! Tq share resipi =)

Mama Zharfan said...

nampak sgt sedap!!

rina said...

Nampak senang je kak mira letak recipe.lebur semua takyah nak angkat2..

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez