Sunday, July 10, 2011

Received the sad news...........

Dalam kehidupan kita semua, kalau kite masih lagi di namakan manusia yang ade hati dan perasaan, bile kite sebut mengenai kematian, hati kite cepat terusik. Ya, kematian tu pasti, hanya tika dan saat yang jadi ukuran. Dan yang pasti kematian tidak mengenal usia dan tak mengenal waktu, bile kite dipanggil olehNya, tiada yang dapat menghalang, keluarga ditinggalkan apatah lagi wang ringgit di dunia, hanya amalan yang dibawa dan amalan baik yang ditinggalkan kepada anak-anak kita.

Berita kematian yang diterima cukup muhasabahkan diri Mira yang tak seberapa ni. Nak nak mereka yang dahulu meninggalkan kita usia yang dipinjamkan kepada mereka cukup pendek.

Beberapa hari yang lalu, sewaktu mira singgah blog kawan-kawan, mira terkejut, bila mira singgah di blog kawan mira yang mira mengaku agak lame mira tinggalkan. Satu persatu butiran blognya mira bace, dan akhirnya mira tertunduk hiba bila akhirnya mira dapat jawapan, kawan sekolah rendah mira, Ziana telah kehilangan suami yang disayangi. Dalam usia yang muda, Ziana sudah menjadi ibu tunggal kepada dua anak yang masih kecil 5 tahun dan 3 tahun. Moga Allah tempatkan roh arwah suami beliau ditempat orang yang soleh. Berat lagi mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, betapa besar dugaan yang mendatang, semoga Ziana tabah dalam membesarkan anak-anak.

Dan di penghujung waktu malam tadi, Mira dikejutkan dengan berita kematian sekali lagi. Seorang abang yang sangat baik hati dan sangat dikenali di Ernst & Young (EY), Abang Faizal telah kematian anak beliau yang berusia 19 tahun akibat kemalangan jalan raya. Dulu masa mira masih lagi di EY, teringat abang Faizal suka bercerita mengenai anak-anaknya.  Mira tahu, hati mana yang tidak sedih bila anak yang kita besarkan dan kita didik meninggal dulu sebelum kita, apatah lagi sudah cukup lame mereka bersama kita. 

Ya Allah, tabahkan lah hati-hati mereka yang ditinggalkan ini dan tempatkan roh-roh mereka di tempat orang yang soleh. Al Fatihah.

and to that, share your love, shower your love with everyone around you before it is too late..

Love 
Amira





   

5 comments:

Adyshariz said...

mmg memilukan hati bila mendengar pekhabaran mcm ni, Al-Fatihah utk mereka semua.

ashra said...

sedihnye kan.
bagaimane pun bentuk ujian dberi,semuanya ada lah penambah berat kepada kebaikan kita di akhirat kelak slg kita sbr.

berat mata memandang,berat lg bahu memikul.mudahan dberi kekuatan kepada mereka.

im_an_ibu said...

Al fatihah

AyuArjuna BiGoshh said...

:( al-fatihah

zianaross said...

yer mira. mati tak kenal usia. adatnya ajal jemput kita ketika sakit atau ada penyebab lain cth accident/jatuh tangga etc. tapi my hubby takde sebab yg dpt diputuskan penyebab kematian dia. bermakna kalau dah ajal, tak cepat dan tak lambat Allah tetap panggil. kita kena sentiasa bersedia utk saat itu.

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez