Monday, May 03, 2010

Me as GEMUK

Sebenarnyer kalau nak diikutkan dari kecik lagi Mira ni dah gemuk, kalau mase sekolah dulu sampai la sekarang, mira paling benci bab bab kene timbang berat ni sebab selalunyer akan terjadi di mana mira antara orang di ranking yang teratas dengan mendapat angka yang paling banyak. 

Cume bila masuk asrama Jasin tu, mungkin banyak surut sikit sebab masa tu terlalu aktif tak duduk diam sampai lah bila masuk Form 5, sekolah freezekan budak Form 5 untuk just concentrate on SPM, mase tu lah perlahan lahan berat ni mencanak naik. Tapi tak la berapa lame sangat sebab lepas tu masuk UTP.

Dekat UTP, memang makan sedap tapi ok lah, kire oklah sebab masih boleh dapat boyfriend hahaha tapi boyfriend pun gemuk macam kite jugak :p peace peace Encik Emran. Tapi mase tu boleh dikatakan gemuk tapi tak sampai masuk golongan obes lagi.

Masa mengangdung, serius mira punyer graf kegemukan adalah normal macam ibu ibu mengandung lain cuma sbb badan mira dah sedia besar, sampai perut pun tak besar mana. 

Orang lata masa dalam pantang, masa tu lah akan tentukan segemuk mane kite. which I absoloutely agree. kalau kite pantang betul2 mungkin boleh jadi badan kite lagi keremping dari zaman anak dara, But that is not happen to me. Mira ni lepas pantang lagi bertambah naik bearat badan dan sampai sekarang ni masya Allah seriously dah berkilo kilo in excess..

Tak pernah dalam sejarah Encik Emran suruh saya kurus, dia tak de lah suruh kurus, dia kate suruh turunkan berat badan.. mungkin sudah gemuk sangat la tu. Tak pernah dalam sejarah Mama tegur berat badan mira, dan seperti biase semua orang dah start pelik asal la badan mira ni naik mencanak

Honestly I dont have answer at all, kalau nak ikut dari segi pemakanan, same jer dulu ngan sekarang. Kuantiti makan, kuantiti pengambilan makanan same je, kalau kate sekarang kuat makan, dulu pun sama jugak, so mencari caari kat mane lah berkilo kilo ni datang. nak nak kite ni hardcore nyusukan anak.

Sebenarnyer entry hari ni nak jadi pembakar semangat, sebab mungkin hari ni hari permulaan untuk senaman hari hari, tak pe lah mira target 10 minit sehari dulu cycling.. mula mula nak target setiap hari nak gi swimming, tapi susah jugak sebab balik pun lambat... kang dari nak kurus, swimming malam2 jadi bende lain pulak..

Dan tak ramai jugak yang ping mira suggest untuk makan itu dan ini, jumpe orang itu dan ini. dan honestly mira tak bersedia lagi nak try itu dan ini, sebab mira yakin pada senaman, punca dia mira belum try lagi sungguh sungguh dalam senaman, kalau lah kate, bersenam pun tak leh turunkan berat badan.. dan baru la cari alternatif lain pulak.

Lagipun terfikir jugak, kalau la mengandung lagi, ish tak ke bahaya, sah sah risiko darah tinggi mesti dah capai. lepas tu kalau mengandung, lepas ni berapa pulak la lagi naik.. baju baju pun alahai... bosan betul asyik nak pergi Ms. Read jer..

dan sesungguhnya, mira sangat tak bersedia nak bagi tau berat mira berapa, no way im gonna tell, ade orang kate ape salah nyer bagi tau, itu orang, rambut sama hitam hati lain lain. maybe to u its ok, thats fine i tak kacau you. orang yang tau nurse yang amik berat badan mira mase nak buat medical check up jer.. encik emran pun tak tau exact berape.

maybe soon you will now maybe after i berjaya shred 10kg.. wahh entah bile tu.. but i have to.. sebab tak syiok la nak bergaya bile badan berkilo kilo ni.. baju pun banyak tak leh pakai, and tak larat nak jadi bahan ketawa orang huhu, kadang kadang ok, kadang kadang tak ok.,

sekian untuk bebelan hari ini.





   

3 comments:

toughcookie said...

you are spot on about the exercise factor. itu je yang terbaik cumanya kita ni semua cukup malas nak exercise. malasssss... hehe...

a wife, mother and an employee said...

bab senaman memang lemah tp itu le yg terbaik. my husband siap belikan wii fit, memang best exercise dgn wii but asrar pulak duk kaco. buang masa duk berebut dgn dia je.

good luck mira. yg penting badan kita sihat, jauh dari segala penyakit.

BabyBooned said...

first and foremost...
ya Allah!! i didnt know emir got h1n1!!! sorry for being such a lousy fren! i'm glad to hear he's all better now. syukur Alhamdulillah!!!

secondly... i agree with u, dear, jgn ambik ubat or herbalife or whatever merepek tu lah. kita ni nak aim nak conceive, betol tak. try natural way dulu la, insyaAllah will work. aiming for 10 minutes a day is a wonderful idea! dont give up, dear. u can do it. i started off with 10 minutes each day and now alhamdulillah i manage to work out everyday for an hour at least. have faith in yourself! hugs to u and emir :)

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez