Monday, April 12, 2010

Off to Pertama Complex

Cadangnya konon nak tengok How to Train a Dragon, tapi selalunyer bile rancang sure tak jadi. Nak  nak bile hari Ahad, lagi best kalau bermalasan dekat rumah ngadap Emir dan bapaknyer. Tapi petang tu Mr. Husband ajak keluar lepas hujan turun, dah masuk kerete baru tau dia nak pergi Pertama Complex.

Seingat Mira, last sekali menyinggah kat Pertama Complex, mase tu nak pergi beli kasut untuk Mr. Husband buat hantaran, itupun setakat singgah ground floor je. Nilah first time mengexplore apa ada kat Pertama Complex. Ok, kalau sape nak cari Beg tak pun handphone accessories, this may be the place you are looking floor. Mr. Husband datang sini sebenarnyer nak betulkan jam dia.

Tapi kalau kate nak cari kedai, kalau first timer macam Mira ni, mau sesat jugak, gaya shopping complex dulu dulu, macam Ampang Park tu, nak ke tingkat dua, kene turun naik tangge, kalau salah naik, nanti sampai ke tingkat 2.5, cam gitulah Pertama Complex ni.



Anyway, ayah nyer nak betulkan jam, tapi Mr. Husband ni berkenan benor nak tengok anak dia pakai jam, sebelum ni memang pernah beli sekali, tapi biaselah entah ke mana si kecik ni letakkan, mak dia pun tak tau. Emir dah start excited, and we let him to decide.


Tengok punyer tengok, Mickey Mouse jam sungguhlah tak de, tibe-tibe mate dia dah terpandang satu jam yang ade jet. ape lagi, senyum kambing dan tergedik gedik la nak jam tu. sampai takkisah ibu nak amik gambar, kalau tak, nangis tak berlagu pun belum tentu Emir kasi kite amik gambar dia.


So, bergayalah anak teruna saya dengan jam sepuluh ringgit :) Happy sangat dia, ye la budak mane tak happykan kalau dapat bende baru. Habis satu kedai dok tayang jam kapal terbang dia sambil buat bunyi tembak tembak.

Tapi sebab ade jam ni jugaklah, Ibu ngan Papa Emir sikit sikit kene brek mengejut sebab Emir suruh stop sebab dia nak bace jam tu pukul berapa. Kalau tanye sekarang pukul berapa, kadang kadang tu dia jawab jugak "8, 0 , 5" maksudnyer pukul 8:05 lah, kalau tak dia akan jawab "its 5 oclock" Emir amik yang hujung je..



Yang macam torch light tu candy sebenarnye, tapi memang ade lampu pun.

So anyway, Mr. Husband ni nak mai sini satu lagi sebab, sebab nak pergi beli outdoor activities punyer equipment, aka hiking equipment. Laki ku tengah plan nak ke Taiwan pulak nak panjat gunung ape tah.. So singgahlah kedai ni


Rasanya kedai ni baru bukak, Diusahakan oleh orang bumiputera. EIGER ni actually jenama popular dekat Indon and The Real Adventure Gear ni telah dilantik untuk jadi pengedar dekat sini. Sebab Mira ni bukan orang gunung, so tak tau la nak bezekan price nyer berape, murah ke tidak, mira serious tak tau. tapi kalau Encik Emran sibuk nak cari kedai ni, so this kedai must be something la kan.. Mira pun tak tanye..


Kalau susah nak datang Permata Complex ni untuk ke kedai ni, jangan risau, you can just log on to http://eigermalaysia.com/v2/home.php , tak payah susah susah nak redah jam kat Jalan Tunku Abdul Rahman. Kalau datang Permata Complex ni, senang jer, tanye orang mane Klinik Permata, kedai ni just two doors away from Klinik Permata. Tapi kiterang sesat gak nak cari Klinik Permata ni pun..

In case tertanye-tanye, ape kene mengene lah pulak kasut Crocs untuk Hiking, tu bukan kasut Crocs, kasut untuk hiking, ,tak sure pulak brand ape. Orait rakan-rakan, sesungguhnya ini iklan percuma, derang tak bayar ape pun and tak tau pun kewujudan blog ni , :) So sape-sape yang suke panjat gunung, suke pergi hiking, kalau nak beri barang untuk hiking, kedai EIGER The Real Adventure Gear should be on your list.





   

1 comment:

BabyBooned said...

kelakar betol tgk emir asyik tengok jam sambil jalan. kekekeke. so cute!

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez