Sunday, April 27, 2008

Wanita Ini

Wanita ini akan membuatkan semua orang ketawa..
Wanita ini akan membuatkan semua orang terpaku mendengar ceritanya..
Wanita ini merapatkan kami sekeluarga..
Wanita ini sangat menghiburkan dan menyenangkan..
Wanita ini sedia membantu bila Ibu saya dan saya kelam kabut. Masih segar diingatan betapa wanita ini sentiasa berada di sisi semasa perkahwinan saya dan adik saya dan semasa saya melahirkan Emir.

kini

Wanita ini sedang bertarung..
Wanita ini membuatkan saya sedar betapa Mulia Nya kuasa Allah..
Wanita ini membuatkan saya sedar tiada yang mustahil..
Wanita ini membuatkan saya sedar supaya kita sentiasa menghargai orang sekeliling..

dan yang pasti

Wanita ini membuatkan saya tersedar dari mimpi..

Semoga Allah memakbulkan doa kami sekeluarga. InsyaAllah..

No comments:

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez