Monday, January 24, 2005

Masa AidilAdha

Assalammualaikum..

Hari Raya Aidil Adha tahun ni, alhamdulillah di sambut secara sederhana tetapi meriah. Meriah bukan bermakna berbelanja berlebihan, tetapi meriah dengan hilai tawa saudara mara yang datang berkunjung ke rumah. Malam sebelum raya, terlalu penat akibat penangan Mantin hehe, jadi bila pulang ke rumah, terus melelapkan mata selama sejam. Memang dah aim, lepas maghrib nak tidur dulu sebelum tolong mama di dapur. Tapikan memang benarlah petua orang tua, kalau kite rase nak bangun sekian sekian waktu, tepuk bantal. I always did that.. Jadi, lepas rasa dapat melepaskan lelah selama sejam terus bangun sebab memang niat nak tolong mama di dapur. Tambah pulak tentu best sebab semua adik-adik perempuan ade kat rumah.

Lepas mandi, terus ke dapur, mama memang dah ade kat dapur tengah berborak-borak dengan makcik. Pelik betul, mane tak nya, jam nak dekat pukul 10, tapi tak de ape pun bersepah dekat dapur. Tak sempat bertanya, mama macam dah tau ape mira nak tanye. "Im cooking tomorrow morning, hari ni mama penat".. dalam hati, lerr... semangat-semangat je kite bangun tidur.

Esok nya, 21 januari, pagi-pagi lagi dah bangun, baba awal-awal lagi dah kejut bangun subuh. Tapi alkisahnya, mira bangun, solat subuh, tapi kebommm!!! sambung tidur jap. mane tak nyer kene tunggu turn masuk toilet lame sangat. Lepas mira dah mandi, terus turun bawah, tapi tak pakai baju kurung, mira cuma sarung balik baju tido tu.. Ye laa takkan nak masuk dapur pakai baju lawa-lawa. Tengok "staff" mama kat dapur dah ramai, mira pun masak la bende lain. Buat kek coklat, hehe.. senang.. Lepas habis buat kek coklat, baru sibuk-sibuk nak siap untuk bersolat sunat aidil adha. Relaks je, maklumla rumah depan masjid. Langkah je, terus sampai..

Bila dah siap, sorang-sorang cakap "tunggu tunggu, nak pergi sekali". Dari boleh pergi awal, kiterang kene tunggu sampai 15 minit. Last-last decided tak nak tunggu mama, hehe, lame sangat.. Masuk masjid, mak aii ramai betul, sampai kene duduk luar. Berbanding solat aidilfitri, aidiladha lagi ramai tetamu Allah, mungkin kerana ramai yang tidak pulang ke kampung halaman.

Balik dari solat, terus kelam kabut siapkan makanan dan barang-barang. Kiterang tahu, mesti siapa-siapa yang akan on the way nak sampai. Mama pulak, "janganla orang datang lagi, makanan tak siap lagi". Tapi, hehe lepas tu sorang demi sorang tetamu berkunjung ke rumah kami dan hidangan mama cuma siap pada tengah hari. Pakcik yang datang awal, kesian kene tunggu sampao lunch hour baru boleh makan. hehe. Sorry A-cik.

Untuk hari tu saja, mira punye kek kene buat due talam sebab sold out. Kalau nak ikut tambah tolak, adelah dalam 10 kereta berkunjung ke rumah kami mainly nak menziarahi moyang mira. Seronok-seronok. Mira rasa mira jenis macam mama, suka orang datang rumah and suka layan tetamu. hehe.

Esoknya 22 januari, hmm ibadat korban dijalankan di masjid. 5 ekor lembu dikorbankan bersempena dengan hari raya qurban pada tahun ini. Mama dan Baba pagi-pagi lagi dah berada di masjid membantu jiran tetangga yang lain tapi anak-anak membuta. Hehe. Tak sempat nak bangun tidur, tetamu dah sampai. Mase ni la malu sikit. Anak dara tak bangun, orang dah sampai, tapi nasib baik la pakcik. Tengah elok-elok duduk, received a call from Dod, tak sangka dod nak datang rumah. Punya lah rancak berborak dengan dod, ye la mira kan asyik janji je nak jumpe die, tapi asik tak jadi je. Memang banyak cerita, tapi dod terpaksa meminta diri, mak die dah call so beli buah. Thanks dod for the visit.

Untuk hari ni, mm ade la dalam 5 kereta datang, kurang sikit pada semalam. Bila petang, baba ajak teman die pergi Low Yatt beli Thumb drive. Baba ingat bawak mira boleh la tunjuk jalan, tapi mira pi bawak kat Imbi Plaza instead of Low Yatt.. hehe.. Em laughed at me.. haha. Biasa lah mira kan co pilot, jarang drive, so bile masuk kl hancuss, setakat ampang memang mira PHD dah hehe.

Seronok tengok baba beli macam-macam, die excited tengok barang murah, pastu baba shopping barang baba. Tapi bile nak keluar tu mak aii. JAM.. habiss, baba dah start membebel, ye la dia kan dah lame tak kene jam. Sekali bile kene macam tu.. tensen laa die :p.. Rasenye cukup la untuk posting kali ni, ingat kan nak cerita pasal hari ni pulak tapi dah cukup panjang.. Ni pun ade homework kene buat. Yerp i jadik student balik, esok nanti kalau mira free mira cerita betapa happy nyer jadi student balik..

No comments:

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez