Thursday, October 14, 2004

SELAMAT BERPUASA

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan marilah kita bersama-sama mengambil manfaat dari bulan yang penuh keberkatan kepada kita semua terutama meramaikan rumah Allah

Esok, hari pertama berpuasa sambil bekerja. Bukan tak pernah berpuase, tapi suasana sudah pasti berbeza. Bangun bersahur, kemudian, sudah tentu menghabiskan masa berborak dengan keluarga sementara menanti subuh. Jika adik-adik mungkin tidur lepas subuh, mira mungkin bangun dan bersiap untuk bekerja.

Tadi, banyak menghabiskan masa dengan teman-teman sepejabat makan. Makan sakan. :). Bersarapan nasi lemak di kedai mamak bersama Ina, Sharon, Vivian dan pelajar-pelajar. Murah sungguh rezeki kerana Mr. Chong belanja. Bersama Karen dan Nadiah untuk makan nasi ayam di kedai yang paling sedap di kawasan Ampang. Kemudian makan petang pula, bersama-sama dengan para pelajar, Karen, nadiah, Ina, Vivian dan Selvi. Kemudian, perut teringin menikmati cendol, jadi mira ajak nadiah teman mira makan di Cendol Taman melawati.

Hehe, terukkan, memang rosak la diet selama ni. Tak pernah diet pun sebenarnya. Cuma itulah orang Malaysia, setiap masa pasti makan. habit yang teruk untuk kesihatan.

Macam mana pun selamat berpuasa.

p/s hows my bm? skema tak?

No comments:

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez