Wednesday, June 30, 2004

Kes Ragut

Bila syaitan bertakhta di hati, manusia akan hilang pertimbangan. Itulah yang terjadi di dalam kes ragut yang mane tatkala ini sampai diklasifikasikan hingga kes samun dan bunuh. Sebetulnya, kes ragut ini sudah lama berlaku, namun sejak akhir-akhir ini, media cetak mahupun elektronik telah memainkan peranan yang besar untuk menggembar gemburkan kes ini yang akhirnya menjadi perhatian umum.

Kita dapat lihat, satu demi satu kes ragut dilaporkan di dada akhbar. Pelabagai cara, pelbagai gaya dan pelbagai ragam dilakukan oleh peragut ini. Ada yang menaiki motosikal dan ada juga yang berkereta. Namun, yang pasti, kes ragut ini tidak dilakukan berseorangan tetapi dilakukan secara "kerjasama" di kalangan peragut.

Tetapi yang sedihnya, baru-baru ini kes ragut makin menjadi-jadi. Walaupun, pihak berkuasa telah mengetatkan kawalan terutama di kawasan tumpuan, namun ia tidak sedikit pun menjejaskan kegiatan haram peragut-peragut ini. Malah mereka semakin berani, lihat saja kematian kerani di Nanyang Siang Pau. Mangsa mati kerana hentakan kuat di bahagian kepala akibat diseret oleh peragut. Apa nak jadi di negara kita, seperti sudah tidak ada tempat yang selamat lagi walaupun di kawasan rumah sendiri.

Lihat sahaja kemarahan orang awam, di mana seorang peragut mati akibat dibelasah teruk oleh orang-orang awam. Namun, ia sedikit pun tidak menakutkan peragut-peragut ini.

Kes terbaru yang dilaporkan sebentar tadi, begitu menyayat hati. Tragedi yang menimpa seorang warganegara Malaysia yang bertanggungjawab, menunjukkan betapa peragut sudah tidak endah lagi akan dosa dan pahala dan sanggup bertindak kejam untuk menyelamatkan diri. Melihat seorang wanita diragut, mangsa cuba menolong dan menangkap peragut tersebut, Namun, mangsa telah ditikam sebanyak tiga kali sehingga menembusi jantungnya dan mati akibat tragedi itu. Lihatlah betapa murahnya harga sebuah nyawa digadaikan demi kepentingan sendiri.

Segulung terima kasih diucapkan kepada arwah kerana sifat tanggungjawab dan prihatinnya dalam membasmi kes ragut. Semoga arwah Rosli Mohd Saad, ditempatkan di tempat-tempat orang yang salih.. Takziah kepada keluarga mangsa. Alfatihah..

No comments:

 

| | | I'm Ibu Emir | | | Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez